suria

Harris Baba guna tempoh PKP untuk perbaiki diri jadi muslim yang lebih baik

Harris anggap PKP merupakan masa yang terbaik buatnya untuk memperbaiki diri.

SITUASI negara akibat wabak Covid-19 memberikan kesan kepada seluruh masyarakat termasuk penyanyi, Harris Baba.

Harris Baba atau Khawaja Mohammad Harris Baba, 29, berkata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memberikan peluang dia menjadi seorang muslim yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur isteri beri kepercayaan” - Harris Baba ulang-alik KL-Sabah setiap minggu

"Saya rasa ini adalah pengalaman yang terbaik sepanjang kehidupan saya. Kerana pada masa inilah kita dapat merenungkan diri, merefleksi diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik lagi.



Harris bersama isteri dan anak-anak mereka.

"Selain itu pun kita boleh melakukan dan mencuba pelbagai aktiviti yang tak pernah kita buat selama ini, jadi memang ini adalah masa yang paling sesuai dan terbaik sepanjang kehidupan saya," katanya.

Harris Baba berkongsi perkara itu ketika sidang media drama Cinta Itu Fairy Tale secara dalam talian pada Jumaat.

Drama romantik komedi, Cinta itu FairyTale mengisahkan tentang seorang gadis 'instafamous' yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya.

Selain itu pun kita boleh melakukan dan mencuba pelbagai aktiviti yang tak pernah kita buat selama ini.

HARRIS BABA

PELAKON DAN PENYANYI

Drama 13 episod ini turut dibintangi oleh sejumlah selebriti seperti Eyka Farhana, Afifah Nasir, Harris Baba, Ikhsan Saleh dan Amy Mastura.

Sementara itu, pengarah Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi turut berkongsi kriteria pemilihan watak yang ada di dalam drama tersebut.

"Bila saya tulis skrip saya dah bayangkan siapa yang sesuai bawakan watak-watak ini. Saya pernah bekerja bersama Eyka sebelum ini dan saya rasa watak Nina memang sesuai dengan watak Eyka kerana dia kan suka berangan, macam tu.



Tam memilih barisan pelakon mengikut kesesuaian watak.

"Dulu saya pernah mengarah satu filem di YouTube, rupanya dapat banyak maklum balas positif dari masyarakat Indonesia. Jadi daripada situ tercetus lah idea nak gabungkan pelakon dari Indonesia sekali.

"Saya ada kawan yang bekerja di Jakarta kemudian dia tunjukkan saya satu drama lakonan Ikhsan dan saya rasa dia sesuai dengan watak Adam, jadi saya tertarik untuk masukkan dia ke dalam drama ini," katanya.

Cinta Itu Fairy Tale akan bersiaran secara eksklusif dan percuma bermula 21 Mei di iflix.com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain