suria

“Satu saat je nak buka baju tu” - Aisar Khaled pelik kenapa netizen marah, tak perasan pakai kemeja ketat

GARA-GARA memakai baju ketat semasa menerima suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini, personaliti media sosial Aisar Khaled menerima kecaman netizen.

Dalam video yang dikongsi di laman Instagram itu, Aisar dilihat terpaksa membuka sebahagian butang baju bagi memudahkan proses suntikan dibahunya.

“Bagi saya tak ada masalah pun saya pakai baju itu, satu saat je buka. Doktor tu pun okay, cuma mungkin cara dia bergurau macam itu, tak serius pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaledd menyesal mandi guna ‘babi air’, tak fikir orang susah - “Rasa bersalah gila! Saya sedar buat salah”

“Itu pun orang nak marah-marah. Mungkin sebab mereka dengar doktor tu cakap macam marah, ingat benda tu serius! Doktor tu pun dah minta maaf katanya hanya bergurau sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Kalau betul nak tunjuk badan, saya dah buka dah baju semasa itu. Lagipun kebetulan saya pakai baju itu semasa ambil vaksin dan badan saya pun dah berisi sikit sekarang ni," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi