suria

Makin tua makin menjadi... Arash Mohd tergagap disamakan dengan Richard Gere - “Saya malu, belum sampai tahap tu lagi”

PELAKON senior Arash Mohd berkata dia tidak menyangka menerima gelaran “Richard Gere Malaysia” daripada peminat drama Scammer menerusi watak Razman yang dilakonkannya.

Menurut Arash atau Azman Shah Ramlee, 52, dia malu dengan pujian dan mengakui masih terlalu jauh untuk disamakan dengan pelakon Hollywood berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya malu sebenarnya... mungkin ada la sedikit persamaan daripada segi watak. Tetapi jujurnya memang tak terfikir langsung dan terkejut apabila terbaca ada yang samakan lakonan saya dengan Richard Gere, ” ujarnya kepada mStar.

Selain Arash, Scammer turut dibintangi Fasha Sandha, Siti Saleha, Kamal Adli, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Drama ini bersiaran pada pkul 11 malam pada setiap Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi