suria

Hariz Hamdan ‘next’ hero Malaya? Tak malu masuk kelas Nabila Huda - “Senior pesan kena hormat orang, tepati masa”

BAGI memantapkan lagi mutu lakonan, pelakon baharu Hariz Hamdan berkata dia mengikuti beberapa kelas lakonan termasuklah secara online bersama Nabila Huda, baru-baru ini.

Menurut Hariz, niatnya mengikuti kelas tersebut kerana mahu menimba ilmu baharu dan mempelajari mengenai dunia lakonan sebenar.

“Saya ikuti kelas percuma bersama Nabila Huda... sebelum ni ambil kelas dengan beberapa pelakon senior lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Sharifah Rose dilabel 'kayu', Elvina Mohamad mengaku pernah gelabah... nak luruh jantung bila dengar perkataan ‘action’

“Saya suka belajar dengan pelakon senior kerana mereka bukan sahaja ajar mengenai skil lakonan tetapi juga macam mana cara ketika berada di set penggambaran.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Dari segala segi mereka tekankan termasuk disiplin, penampilan dan sebagainya... paling penting hormat orang! Ilmu tambahan ini pun penting untuk seseorang pelakon," katanya yang turut mengagumi bakat Nabila Huda.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi