suria

Rupa-rupanya 20 tahun Aedy Ashraf jadi pelakon... masih bawa karakter remaja - “One day saya akan pegang watak bapa”

SELEPAS 20 tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon Aedy Ashraf mengakui berbangga apabila masih diberi tawaran melakonkan watak remaja atau pelajar sekolah.

Menurut Aedy, 27, dia seronok melakonkan watak itu kerana dapat menyebarkan mesej yang baik kepada penonton terutamanya golongan remaja.

“Saya suka bawa watak remaja walaupun umur saya dah tak berapa remaja! Saya suka, mungkin saya boleh bawa watak ini lebih lama dari orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya Daiyan Trisha, Aedy Ashraf waktu zaman SPM... artis buat ‘throwback’ wajah polos pakai baju sekolah

“Melalui lakonan ini saya dapat sampaikan sesuatu untuk remaja di luar sana, saya nak sampaikan mesej baik menerusi cerita itu.

“Saya pernah dengar orang kata saya tak layak bawa watak dewasa. It's okay... tak ada masalah! Sebab satu hari nanti kita akan tua, mungkin nanti saya akan bawa watak bapa dan sebagainya, ” katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Aedy berjudul Budak Tebing 2 bakal bersiaran di slot Lestary TV3 pukul 9 malam bermula Jumaat ini.

Selain Aedy, ia turut dibintangi oleh Adam Lee, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran dan Fariz Isqandar

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi