suria

Jangan tengok dada Safiey Ilias, hukumnya haram! Pakar psikologi anggap keterlaluan... usahawan transgender buat gangguan seksual

BARU-BARU ini tular di media sosial satu rakaman video live Instagram milik usahawan kosmetik Safiey Ilias bersama dua orang remaja lelaki yang berusia 14 dan 15 tahun.

Video itu menjadi perbualan hangat netizen kerana ia memaparkan Safiey bersama rakannya berkelakuan kurang sopan dengan dua remaja lelaki tersebut.

Sebagai salah seorang rakan di Instagram Safiey, Pencetus Ummah (PU) Amin menyedari tentang perkara ini kerana ramai yang menghantar mesej secara langsung (DM) tentang kejadian itu.

”Setiap hari memang saya nampak dia buat live kerana kami follow sesama sendiri di Instagram, tetapi tak sempat melihat video tersebut secara keseluruhan.

“Cuma setiap hari memang ada orang yang akan share di DM, macam beberapa hari yang lalu dia tunjuk dadanya dan orang berlumba-lumba untuk masuk ke sesi Instagram live tersebut untuk melihat apa yang dia nak sajikan, ” ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

PU Amin atau nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 30, turut mejawab persoalan netizen yang tertanya-tanya apa hukumnya jika seorang lelaki melihat alat sulit yang ditayangkan oleh lelaki yang menyerupai perempuan.

“Para mufti pun dah mengeluarkan fatwa, kita boleh semak berkenaan dengan lelaki yang berperwatakan seperti wanita, menonjolkan alat sulit yang telah ditukarkan kepada perempuan dan menghairahkan adalah haram.

“Apa sahaja perkara-perkara lucah tak boleh diterima oleh agama Islam, malah negara kita sendiri yang berbilang bangsa pun tidak menerima segala unsur lucah tidak mengira peringkat umur, ” katanya.

Perkara ini juga mempengaruhi aspek psikologi seseorang kerana kedua-dua individu tersebut masih dalam golongan remaja bawah umur.

Menurut Pakar Psikologi Universiti SEGi, Prof Datin Dr Mariani Md Nor, apa yang dilakukan oleh Safiey sedikit sebanyak akan menjejaskan perkembangan remaja itu.

“Perbuatan itu memang tidak sepatutnya dilakukan, sebab ia dibuat bersama kanak-kanak yang baru mula nak mencari identiti mereka.

“Kalau Safiey dan rakannya menunjukkan kelakuan sebegitu kepada remaja tersebut, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan perkembangan mereka, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Prof Datin Dr Mariani Md Nor juga tidak pasti mengapa mereka melibatkan golongan remaja bawah umur dan rasa perbuatan itu agak keterlaluan.

“Saya pun tak pasti kenapa perkara ini dilakukan, tak kisahlah kalau pihak yang mendengar tu nak marah, cuba kalau perkara ini dilakukan kepada adik sendiri?.

“Kalau nak melibatkan orang lain, saya kira itu sudah agak keterlaluan kerana kita tidak mahu generasi pelapis akan datang ini rosak, ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi