suria

Ameng Spring gembira peminat ‘transfer’ RM1, syukur masih ada rezeki - “Walaupun sikit saya rasa dihargai”

TIADA siapa pun yang tidak terjejas sumber pendapatannya ketika musim pendemik ini termasuklah golongan selebriti tanah air.

Kerana itu juga penyanyi Ameng Spring sanggup menerima tawaran untuk membuat persembahan secara langsung menerusi Facebook Artis Voice Of Legend (AVOL) yang menetapkan sumbangan hanya RM1 daripada peminat.

Bagaimanapun menurut Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, pendekatan tersebut ternyata mengubah kehidupan dan mengembalikan keceriaannya ketika PKP.

”Kehidupan saya berubah apabila menyertai AVOL. Selalunya waktu pagi tu termenung sahaja tak buat apa-apa, tetapi sekarang dah ada benda yang kena buat seperti mengiklankan program ini di Instagram.

“Program ini telah mengubah hidup dan buat saya kembali ceria, ” ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain Ameng, AVOL turut menampilkan Fredo Flybaits, Jatt Ali, Ibnor Riza, Hasnol, Ramziela serta Salimah Mahmood.

Bercerita mengenai pendapatannya menerusi persembahan secara virtual itu, Ameng berkata dia berjaya memperoleh kutipan mencecah RM2, 000.

“Rasanya dalam satu hari tu boleh dapat sampai RM2, 000 lebih, tetapi bukan saya seorang sahaja yang dapat jumlah sebegitu.

“Dalam enam orang artis ni, boleh dikatakan jumlah collection kami hampir sama, sumbangan yang paling tinggi saya pernah dapat ialah RM500, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi