suria

Kuasa telefon bimbit, cubaan Nidza Afham buat ‘cover’ lagu Rindu Setengah Mati menjadi - “Buat versi piano lebih sentuh emosi”

TAMPIL menyanyikan semula lagu Rindu Setengah Mati nyanyian asal D'Masiv, Nidza Afham tidak menyangka ia mendapat perhatian pendengar.

Ujar Nidza atau nama sebenar Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 20, dia membuat rakaman lagu berkenaan menggunakan telefon bimbit ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Saya buat cover ini masa PKP pertama, masa itu macam-macam perasaan, rasa rindu semua ada dengan suasana yang boleh keluar rumah dan rindu dekat keluarga kat kampung serta kawan-kawan.

“Saya seorang pemendam dan tidak suka luahkan kat orang, tapi saya suka luah kat lagu. Masa tu mula rasa rindu kat keluarga jadi saya buat keputusan untuk cover lagu Rindu Setengah Mati.

“Cover itu pun buat sendiri je kat rumah, hanya pakai telefon saja guna software dalam tu. Memang tak jangka dapat 1.7 juta tontonan hasil guna telefon je, ” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya ini punca netizen ‘berasap telinga’ dengar Aufahanie Vokal Mania menyanyi - “Saya takut... tak reti control situasi”

Tambah Nidza yang juga abang kepada penyanyi baharu Aufahanie, dia turut teruja apabila cover tersebut berjaya berada carta 50 Spotify Malaysia.

“Lagu nyanyian saya ni ada dalam spotify juga, saya perhatikan lima bulan saya berada dalam carta 50 Malaysia di Spotify.

”Pada bulan ini pula daripada nombor 20 lebih... sekarang naik ke nombor enam, ” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nidza Afham, Rindu Setengah Mati,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi