suria

Rupa-rupanya ini punca netizen ‘berasap telinga’ dengar Aufahanie Vokal Mania menyanyi - “Saya takut… tak reti control situasi”

PESERTA Vokal Mania Aufahanie mengakui terlalu gementar hingga menjejaskan persembahan pada Sabtu lalu.

Ujar Aufa atau nama sebenar Nur Aufahanie Mokhtar, 17, dia turut mengalami masalah teknikal dan tidak tahu untuk mengatasinya.

“Malam itu ada masalah teknikal dan itu kali pertama saya di atas pentas yang besar dan tidak tahu bagaimana nak handle situasi tersebut.

“Saya tahu akan dikecam dan sudah bersedia, saya terima pendapat orang dan mengaku persembahan pada malam itu banyak yang kurang, ” katanya kepada mStar.

Sabtu lalu, Aufa menyampaikan lagu Gundah nyanyian Ernie Zakri untuk pusingan solo dan lagu Semua Jadi Satu untuk pusingan battle bersama Indah Ruhaila.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi