suria

Jamal Abdillah ‘kering’ tiada tawaran nyanyian, mujur ada bisnes ikan arowana - “Sebagai artis jangan tumpu satu bidang saja!”

KETIKA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah banyak menghabiskan masanya di Perak bagi menguruskan ternakan ikan hiasan dan perniagaan pasir.

Kata Jamal, 61, dia lebih selesa turun padang melihat sendiri hasil ternakan ikannya yang terletak di Bukit Merah, Perak.

“Sekarang ni saya ada lebih kurang dua persembahan sahaja dalam masa sebulan... selebihnya saya luangkan masa dengan usahakan ternakan ikan arowana ni.

“Hampir 10 tahun saya usahakan, daripada dua buah kolam sehinggalah sekarang ada 10 kolam dan mencecah hapir 238 ekor ikan, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi