suria

“Dalam hidup ni tak semua orang suka kita!” - Eric Fuzi (Floor88) dah biasa hidup dalam kecaman, tapi jangan sampai ‘over limit’

AHLI kumpulan Floor88 iaitu Eric Fuzi melangkah setapak lagi dalam industri seni apabila kini bergelar seorang pengarah filem.

Menurut Eric, dia baru sahaja selesai mengarahkan supertele berjudul Hutang 2D yang bakal ditayangkan disebuah saluran berbayar tidak lama lagi.

"Saya harap orang ramai dapat terima filem itu nanti, kalau ada yang bagi kritikan itu saya anggap peluang saya perbaiki lagi mutu pengarahan saya.

"Kalau sebut tentang kecaman itu dah biasa saya terima, cuma layan dengan tak layan je... tapi kita sebagai manusia ni ada masa sabar ada limit.

"Dalam hal ini, setiap orang ada masing-masing punya pendapat dan saya terima sajalah sebab tak semua orang suka kita," katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi