suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan cemburu dengan kejayaan orang lain!” - Aziz M Osman kagum dengan Mael Totey, selera baharu penonton tempatan

PENGARAH Aziz M Osman berkata kejayaan filem Mael Totey membuat kutipan lebih RM4 juta membuktikan penonton tempatan menerima baik karya berkenaan.

Ujar Aziz, 58, walaupun ada segelintir pengkritik beranggapan Mael Totey tidak memenuhi kriteria filem yang sebenar, namun sebagai pengarah dia tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Sekarang ini zaman semuanya begitu subjektif, ini soal selera.

“Mael Totey dapat pungutan berjuta-juta ringgit semuanya bersebab... mereka ikut selera penonton.

“Sebahagian besar masyarakat kita dapat menerima Mael Totey, siapa kita untuk menilai!” katanya kepada mStar.

Tambahnya sebagai pengarah yang berpengalaman, dia tidak boleh terus leka dengan kejayaan yang lepas kerana kehendak penonton filem dan drama sentiasa berubah mengikut perubahan zaman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Mael Totey, Syahmi Sazli, Aziz M Osman,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi