suria

Mampu ke Aziz M Osman ‘bentuk’ Nabila Razali? - “Saya pengarah lama, tak tahu masih ada aura atau tidak”

PELAKON Nabila Razali menganggap tawaran saat-saat akhir bagi menggalas watak utama menerusi telemovie Cik Petir Putrajaya sebagai rezeki yang tidak seharusnya dilepaskan.

Ujar Nabila, 28, dia menerima tawaran ini kerana mengetahui pelakon yang sepatutnya membawakan watak itu berhadapan dengan masalah kesihatan.

“Memang saya dijemput pada minit-minit terakhir untuk shoot telemovie ini sebab mereka sudah mulakan penggambaran. Selepas study skrip, saya terima sebab yakin boleh bawa.

“Bagi saya kita sama-sama tolong, kalau mereka tidak dapat pelakon untuk digantikan mungkin penggambaran ini tak dapat diteruskan. Saya anggap ini sebagai membantu rezeki masing-masing, ” ujarnya kepada mStar.

Menurut pengarah Aziz M. Osman, dia teruja mengarahkan telemovie ini kerana berpeluang berkolaborasi dengan artis baharu seperti Nabila Razali.

“Saya pernah menjadi pengarah kepada primadona Malaya, sekarang ini Nabila Razali dan Alhamdulillah ada chemistry, ” katanya.

Cik Petir Putrajaya akan disiarkan di saluran TV3 pada Ahad pukul 3 petang.

Produksi: Radiusone Sdn Bhd.

Tarikh tayangan: 8 November 2020

Waktu siaran: Ahad, 3 petang

Penulis skrip: Skywalker Hashim

Pengarah: Aziz M Osman

Pelakon: Nabila Razali, Niezam Zaidi, Julia Farhana Marin, Raja Azura, Noryati Taib, Shahrul Hakimi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi