suria

Suami Elizabeth Tan tak ambil ‘port’ peminat tulis komen lucah - “Dia gelak je... pose saya tak seksi pun”

HAMPIR tiga bulan bergelar isteri kepada seorang doktor dan usahawan dikenali Siew Jim, penampilan serta imej seksi penyanyi Elizabeth Tan terus menjadi perbualan netizen di laman Instagram.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 27, suaminya itu bersikap terbuka dan tidak kisah dengan komen nakal berbaur lucah yang ditinggalkan pengikut di media sosial.

"Dia baca dan gelak je... dia tak kisah! Dia suruh cakap dengan mereka semua ini adalah pakaian harian saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan mohon maaf terpaksa rahsia perkahwinan - “Saya masih Lizzy yang sama, harap semua hormat keputusan ini”

"Saya tak fikir apa yang saya pakai ini seksi... selepas kahwin memang ramai yang komen dan beritahu unfollow saya di Instagram, tak apa la nak buat macam mana," katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai perkembangan karier seni, Lizzy mendedahkan dia terpaksa menghantar surat guaman untuk keluar dari Warner Music Malaysia (Warner) selepas tiga tahun bernaung di bawah syarikat rakaman itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Katanya, proses perundingan untuk meninggalkan label itu secara rasmi agak sukar kerana belum mendapat kata sepakat daripada syarikat rakaman itu sehingga perlu membabitkan peguam.

"Urusan guaman untuk saya keluar dari Warner sudah hampir selesai daripada pihak saya. Segala urusan hitam putih peguam saya sudah serahkan kepada mereka bagi menyelesaikan hal ini sepenuhnya.

"Masalah dalaman memang tidak boleh dielakkan dalam apa saja bidang. Saya sendiri cuma berhajat untuk keluar dengan tenang dan sangat menghargai jasa syarikat itu menaikkan nama saya sebelum ini.

"Bagaimanapun, sekarang saya kena fikir untuk memajukan diri kerana fokus saya bukan kepada muzik semata-mata. Saya ada perniagaan sendiri serta kerjaya lakonan yang perlu dikembangkan lebih jauh," katanya yang tamat kontrak dengan Warner sejak Februari lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi