suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Begini caranya nak jadi penyanyi lagu cover YouTube, Faez Zein cerita ikut pengalaman - “Kalau tinggi, adjust sikit key… tempo”

BAKAT baharu Faez Zein yang mula dikenali di YouTube kini sudah dilamar menjadi artis rakaman.

Menurut Faez atau nama sebenar Muhammad Faiz Mohd Zain, dia akur dengan kata-kata netizen yang berpendapat bakat daripada YouTube mempunyai masalah untuk menyanyi secara langsung.

“Betul juga apabila orang cakap macam tu, sebab itu sekarang saya kena banyak buat latihan dan masuk kelas vokal untuk lawan gementar atas pentas.

“Situasinya memang berbeza, kalau buat cover kita berada dalam situasi selesa serta boleh adjust key dan tempo, ” ujarnya kepada mStar.

Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat, UiTM Sarawak ini, menjadi YouTuber bagi segmen muzik tidak menjanjikan pulangan yang lumayan seperti sangkaan ramai.

“Berdasarkan pengalaman saya, kalau mind set anda nak buat duit dekat YouTube, muzik bukan platform yang terbaik.

“Sebab untuk muzik kita ada isu copyright, ada video kita akan share duit dan ada yang dapat sikit je. Kita memang masih dapat duit tapi tak sebanyak yang orang fikirkan, ” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Faez Zein, Artis Baru, Youtuber,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi