suria

Jiran kejam! Naja Bollywood sedih keluarga dipandang hina selepas ibu bapa meninggal kerana Covid-19 - “Masuk-masuk... tutup pintu!”

BELUM reda pemergian ibu tercinta gara-gara jangkitan Covid-19 pada 21 Mei lalu, penyanyi Nazar Daud terpaksa menerima hakikat bapanya pula iaitu Daud Sujak meninggal dunia kerana kesan virus yang sama pada Sabtu lalu.

Menurut Nazar atau lebih dikenali Naja Bollywood, ibunya Hamidah Palil dijemput Ilahi selepas lima hari disahkan positif virus berkenaan.

Manakala, bapanya yang disahkan sembuh daripada jangkitan terpaksa dikejarkan semula ke hospital selepas kondisi kesihatan merosot pasca Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Naja Bollywood Dilamar Komposer Janam Janam

"Memang berat ujian ini! Selepas emak pergi, abah pula menyusul... saya akui sedih kerana emak pergi tanpa kami dapat tatap buat kali terakhir. Kehilangan mak memang betul-betul saya tak ready!

"Tapi kami sekeluarga bersyukur dapat jaga abah untuk kali terakhir dan abah pergi dalam keadaan kami adik-beradik dapat uruskan pengkebumian," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, penyanyi lagu Rela Demi Buat Mu ini mengakui berkecil hati dengan sikap segelintir masyarakat setempat yang memandang hina mereka selepas mengetahui lima orang ahli keluarganya pernah dijangkiti Covid-19.

"Sejujurnya terlalu berat untuk saya menjawab persoalan orang ramai mengenai punca emak atau abah meninggal dunia... saya cuba elak untuk beritahu ia berkaitan Covid-19 sebab ada pandangan negatif dan stigma kurang baik terhadap kami," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi