suria

Bakal ‘ustaz’ cuba nasib jadi penyanyi lagu jiwang, Akhmal Daniel tak sangka ‘trending’ di YouTube - “Mula-mula orang kata suara sengau!”

PENYANYI baharu Akhmal Daniel gembira apabila minat mencipta lagu dan menyanyi sejak bangku sekolah mula membuahkan hasil apabila dia kini sudah bergelar penyanyi.

Ujar Akhmal, 19, bakatnya mula dicungkil apabila sering menyertai pertandingan nasyid di sekolah.

“Saya memang dah lama tunggu saat ini, Alhamdulillah... orang hargai, orang tahu lagu saya. Apabila orang nyanyi lagu saya... rasa bangga.

“Dulu saya kurang menyanyikan lagu-lagu macam ni sebab lebih kepada genre nasyid, tapi apabila meningkat umur 15 tahun baru serius nak menyanyi, ” ujarnya kepada mStar.

Akhmal yang baru tampil menerusi lagu Lebih Baik Pergi kini menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengajian Islam di Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Saya sambung belajar dalam bidang Pengajian Islam sebab sejak tingkatan satu dan dua saya sekolah agama dan tingkatan tiga saya sekolah sukan.

“Saya sekarang belajar tentang akidah, fiqh, bahasa Arab dan perkara-perkara tentang agama... kalau ada rezeki saya tidak menolak untuk jadi ustaz, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi