suria

Aina Abdul ‘crush’ dengan GDragon (Big Bang), katanya ada banyak persamaan - “Dia inspirasi saya tulis lagu kisah peribadi”

KEMANTAPAN vokal Aina Abdul tentu sekali tak perlu dipersoalkan lagi dan kini bakatnya mendapat perhatian di peringkat antarabangsa selepas muncul dalam program TV Korea dikenali sebagai Simply K-Pop Con-Tour.

Bukan sahaja peminat di Malaysia yang kagum dengan vokal penyanyi berusia 28 tahun itu, malah warga Korea juga terpegun apabila melihat Aina menyanyi lagu Sepi secara langsung.

“Saya tak sangka akan mendapat reaksi sebegitu daripada kedua-dua pengacara tersebut, kerana rehearsal diadakan tanpa mereka dan apa yang saya cakap semua adalah berdasarkan skrip.

“Tapi tak sangka mereka akan berikan reaksi yang sangat comel dan ia membuatkan saya rasa gembira menyertai program tersebut, ” katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Aina, dia menjadikan penyanyi GDragon daripada kumpulan K-pop Big Bang sebagai inspirasi untuk menulis lagunya sendiri.

“Sebenarnya bias saya dalam Big Bang ialah GDragon dan TOP, tetapi lebih minat GDragon kerana dia ialah inspirasi saya untuk mula menulis lagu.

“Dia banyak menulis tentang kisah peribadinya dan ia membuatkan saya ingin menulis lagu berdasarkan perspektif hidup saya sendiri, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi