suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Takkan nak guna semua duit dalam akaun saya?” - Puteri Sarah jawab tuduhan minta sedekah sebab nak bersedekah

MUNGKIN ramai yang sudah mengetahui tentang projek kebajikan dengan memberi bantuan makanan percuma kepada insan memerlukan dan petugas barisan hadapan sejak total lockdown berkuat-kuasa 1 Jun lalu.

Bermula dengan menggunakan wang simpanan sendiri, kini ia diperluaskan apabila dia turut membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang dalam menyediakan makanan.

Namun usaha Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu nampaknya dipandang serong oleh segelintir netizen.

“Saya ada terima DM daripada haters yang persoalkan kenapa nak bersedekah tapi minta sedekah?

“Jawapannya mesti la! Takkan nak guna semua duit dalam akaun saya tu. Saya pun perlukan duit untuk diri sendiri, ” katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah aktres berusia 35 tahun itu, tujuannya mengajak orang ramai turut serta menjayakan projek bantuan makanan berkenaan adalah bagi memastikan ia terus memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

“Saya sendiri sudah buat sebaik yang mampu, jadi sudah tentu saya perlukan orang ramai untuk membantu... saya bukan minta sedekah.

“Apabila lebih ramai membantu, kita dapat sama-sama bersedekah... tapi ada pula orang salah tafsir apa yang saya lakukan, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi