suria

Kenali remaja lelaki manja paksa netizen tidur, bantal Mickey Mouse jadi perhatian - “Content saya untuk orang Indonesia”

PASTI ramai yang dah tengok video cringe seorang remaja lelaki dengan bantal Mickey Mouse kan?

Rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu menerima jutaan tontonan dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, remaja berusia 17 tahun yang ingin dikenali sebagai Hafiy Yemok ini mengakui tidak terasa hati dengan kritikan netizen itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berlakon, Coki ‘King Slowmo’ TikTok nak menyanyi pula - “Saya nak buat single macam K-Clique dan Yonnyboii”

"Sebenarnya saya buat video itu bukan untuk tontonan orang Malaysia tapi orang di Indonesia sebab kebanyakan pengikut saya di TikTok dari sana... sehinggalah salah satu video saya itu viral di Malaysia dan menjadi kecaman.

"Saya tak kisah apa orang nak cakap tentang video saya itu sebab ia hanya content semata-mata! Secara peribadi saya memang jenis yang soft spoken. Kawan-kawan yang kenal saya tahu perangai sebenar saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ada netizen yang kata geli dan nak termuntah tengok video itu, saya tak salahkan mereka... saya reda sahaja dan serahkan pada Allah. Buat masa ini saya tak terfikir untuk buat video macam tu lagi sebab nak fokus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya kepada mStar.

NAK KENAL HAFIY YEMOK? TONTON VIDEO YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi