suria

Nina Iskandar bahagia tak perlu hidup dalam ketakutan Covid-19, rakyat Brunei bebas keluar rumah tanpa pakai ‘mask’

LAMA tak dengar khabar pelakon Nina Iskandar yang kini berada di kampung halamannya di Brunei sejak Mac tahun lalu.

Berkongsi perkembangan Covid-19 di negara itu, Nina berkata masyarakat sudah mula menjalani kehidupan normal tanpa perlu bimbang mengenai jangkitan virus berkenaan.

“Sebenarnya ramai pengikut di Instagram yang nak tahu kehidupan kami di Brunei sepanjang berdepan penularan Covid-19 tapi saya tak mampu nak jawab satu-satu kerana panjang ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu minta bantuan beli barang bayi, Nina Iskandar hampir masuk perangkap ‘scammer’

“Alhamdulillah, sekarang dah kembali jalani hidup normal! Dah tak ada rasa takut, kita hidup seperti normal sekarang... tiada lagi arahan wajib memakai mask (pelitup muka) tapi kami masih mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya dah terima dos pertama vaksin dan dos kedua pada Julai ini. Buat masa ini, rakyat Brunei tak membantah pengambilan vaksin, malah kami sangat teruja untuk menerima suntikan itu," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Prihatin dengan nasib kru produksi yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, Nina berkata dia dan suami iaitu Mohd Azlan Adzanan mengambil inisiatif mengumpulkan dana bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Saya lihat makin hari kes makin tinggi di Malaysia... saya juga terima maklumat ramai kru produksi yang terkesan kerana PKP ini. Bermula daripada situlah datang idea menggunakan platform sosial media saya untuk bantu mereka yang memerlukan.

“Memang sebak mendengar kisah mereka yang berdepan kesempitan hidup gara-gara tak boleh bekerja... jadi ini salah satu usaha saya membantu dari jauh," ujarnya yang turut berkongsi info mengenai sumbangan di Instagram miliknya pada Selasa.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi