suria

“Orang tahan kencing sebab nak tengok kau!” - Sheila Rusly ‘sembur’ pelakon malas buat homework, rasa diri popular

PELAKON dan penerbit terkenal Sheila Rusly mengalu-alukan kedatangan ramai bakat baharu dalam industri seni tanah air.

Sheila bagaimanapun berkata mereka yang berminat menyertai dunia lakonan haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai sikap yang baik.

"Saya memang mengalu-alukan mereka yang berminat dengan industri seni ini sebab kita kekurangan pelakon. Contohnya zaman saya dahulu kita ada Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Rosyam Nor, Azhar Sulaiman... takkan la kita nak bagi muka yang sama untuk jadi hero di era ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ungkit hubungan retak dengan Janna Nick, Sheila Rusly bagi amaran keras! - “Jangan sampai saya buka cerita, tak cukup kain nak tutup muka nanti”

"Nasihat saya untuk mereka yang betul-betul nak jadi pelakon, carilah ilmu supaya kita tak menyusahkan ramai orang di set penggambaran termasuklah rakan pelakon lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mungkin mereka dah buat persediaan tapi kita pula sebaliknya... kita tak mahu buat persediaan sebab kita rasa kita dah popular, banyak follower. Alhamdulillah setakat ini pelakon yang masuk set saya tak ada yang berani berlagak diva, ” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi