suria

Umur makin lanjut, Kak KM mula takut orang meluat tengok ‘marketing’ gelek lucah - “Anak dah besar, tengah mengandung pula!”

USAHAWAN kontroversi, Kak KM meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Nabila Razman berjaya menyambung pengajian ke peringkat diploma di Universiti Malaya tidak lama lagi.

Meskipun sibuk menguruskan perniagaan, Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli berkata pendidikan anak-anak tetap menjadi keutamaan.

“Syukur Alhamdullilah doa termakbul... memang seronok sangat sebab kita dah melalui macam-macam perjalanan. Terasa hilang penat lelah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak kaya kena berani... kena gila!” - Kak KM pertahan teknik marketing melampau boleh cepat buat duit

“Pendidikan anak-anak nombor satu! Itu perkara utama sebab kita pun tak berapa nak pandai jadi biarlah mereka ada pelajaran, kalau kita pergi dahulu mereka mampu meneruskan hidup tanpa kita," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini berkata dia mahu mengurangkan tarian gelek, lebih-lebih lagi dia kini sedang sarat hamil empat bulan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Umur pun dah meningkat! Bila orang dah kenal kita rasanya tak perlu lagi buat macam dulu. Sekarang ni pun anak dah besar, biarlah mereka pula yang gelek.

“Nampak kelakar pula tengah mengandung ni nak bergelek macam tu," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi