suria

Megat Rahim pelik tengok video berebut abang angkat, terkenang kejadian semasa sekolah - “Kebanyakan perempuan yang offer!”

BARU-BARU ini tular rakaman video dua remaja sekolah bergaduh kerana dikatakan berebut seorang abang angkat.

Ia bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah penyanyi Megat Rahim pun terkejut dengan aksi pelajar perempuan dalam video itu.

Dalam hal ini, Megat, 19, mengakui hairan apabila perkongsian berbentuk sedemikian lebih mudah viral berbanding content positif yang dimuat naik di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ‘baru nak up’ perli adik Neelofa!

“Saya ada nampak (video) berebut abang angkat itu... saya terfikir kenapa orang Malaysia suka benda-benda pelik macam itu sehingga viral.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sedangkan kita di sini sebarkan mesej positif, mereka seperti tidak berminat. Saya pun pelik, generasi sekarang macam-macam ragam.

“Pengalaman saya semasa sekolah dahulu pernah la ada abang dan kakak angkat, senior di sekolah pelawa nak jadikan saya adik angkat. Sejujurnya saya okay sahaja sebab dekat sekolah ada orang jaga kita kan?” kata penyanyi lagu Kuasa Dua ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi