suria

Isyariana berdikari sejak kecil, mula kerja sambilan usia 13 tahun - “Saya tak nak susahkan mama”

SIAPA sangka pelakon Isyariana yang juga merupakan seorang penyanyi ini sebenarnya seorang yang lasak meskipun mempunyai raut wajah yang lembut.

Menurut Isyariana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi, 31, dia bersikap demikan berikutan sudah mula berdikari daripada umur 12 tahun iaitu selepas kedua ibu bapanya bercerai.

“Saya memang agak lasak lah sejak dari kecil lagi, zaman dulu saya selalu main futsal. Kalau dengan keluarga di rumah, saya yang tolong angkat dan alihkan perabot seperti almari dan sofa semua tu.

“Mungkin sebab selepas ibu bapa bercerai sewaktu saya darjah enam dulu, saya mengambil keputusan untuk teman mama, ” ujarnya kepada mStar.

Tambah Isya, dia mula bekerja sambilan seawal usia 13 tahun dengan menjadi pelayan di sebuah restoran.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, dia bersyukur hasil titik peluh yang diperolehi ketika itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibunya.

“Daripada situ saya jadi berdikari kerana tidak mahu susahkan mama dan mula buat kerja sambilan sebagai seorang pelayan di sebuah restoran sejak berusia 13 tahun, ” katanya

Dalam pada itu, Isya juga memberitahu dirinya seorang yang cerewet dalam hal berkaitan makanan.

Dia lebih gemar masak sendiri daripada makan makanan yang tidak memenuhi citarasanya.

“Saya cerewet sikit bab makanan sebab saya suka makan, kalau masakan itu tak kena dengan tekak, saya tak akan makan walaupun lapar.

“Jadi bila teringin nak makan steak atau lamb chop, saya sannggup masak sendiri, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi