suria

Achey dah jual lima motosikal tampung kos rawatan ibu... ramai ‘lock’ nak beli RXZ, Y15 - “EX5 tak boleh motor orang rumah!”

DEMI menampung kos rawatan ibu tercinta, pelawak Achey mengambil keputusan menjual beberapa buah motosikal miliknya.

Sehingga kini, Achey berkata dia sudah berjaya menjual lima buah motosikal dan berkemungkinan akan menjual lebih banyak koleksi selepas ini.

“Saya dah jual tapi tak kongsi di Instagram kerana itu jenis motorcross dan hanya jual kepada kenalan yang berminat dengan sukan permotoran itu... dah lima buah saya jual, motor keenam masih dalam perbincangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jatuh sakit, Achey sedia jual motor tampung kos rawatan - “Memang rasa ralat dah laburkan duit simpanan untuk bisnes”

“Ada yang bertanya motor EX5, Y15 dan RXZ... EX5 setakat ini saya tak boleh nak cakap sebab motor orang rumah (isteri) saya. Mungkin selepas ini saya akan jual sebuah motor klasik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya ada satu lagi motor klasik Yamaha RX100 tapi motor itu saya tak jual sebab pemberian arwah abah. Motor itu memang saya simpan, " katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi