suria

Shuk Sahar sangsi isteri izin kahwin lagi, risau ada maksud tersirat - “Saya tak akan ambil kesempatan... kena fikir”

TIDAK akan ambil kesempatan! Demikain reaksi pelawak dan pengacara Shuk Sahar apabila diajukan soalan tentang 'green light' yang diberikan isterinya untuk berkahwin lagi.

Ujar Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, dia perlu berfikir secara rasional dan menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan mengenai hal rumah tangganya.

"Apabila isteri izinkan tu, kena tahu dia betul-betul izin atau macam mana. Kena ambil tahu konteks.

"Jadi saya tak akan ambil kesempatan, apabila isteri cakap begitu maka saya sendiri kena fikir daripada semua aspek, " katanya kepada mStar.

Shuk berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera, 35, yang secara terbuka memberi izin kepadanya untuk berkahwin lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ujar Sera keputusan itu dibuat bagi mengelak berlaku sebarang perkara tidak diingini hingga menjejaskan nama keluarga.

Sementara itu bercerita tentang masalah rumah tangga yang dikatakan kembali bergolak, Sera berkata dia terbaca mesej perbualan antara Shuk dan seorang wanita yang dikenali di telefon bimbit suaminya.

"Mesej tu ada yang baru dan lama... lepas tu saya post di media sosial. Masa tu emosi terganggu dan dalam keadaan marah.

"Saya nampak mesej tu dalam telefon Shuk, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi