suria

Ramai kagum vokal Afgan (ICSYV), ‘effortless’ je duet dengan Ernie Zakri - “Nasyid sekolah tempat saya asah bakat”

PESERTA I Can See You Voice iaitu Afgan Angkara mengakui gementar ketika berpeluang berduet dengan Ernie Zakri dalam program itu baru-baru ini.

Ujar Afgan atau nama sebenar Mohd Borhanuddin Afgani Mohd Saip, 23, dia tidak menyangka dapat membuat persembahan bersama penyanyi kegemarannya itu.

“Semasa menyanyi bersama Ernie, saya memang gementar dan sebenarnya boleh nampak di muka saya. Yelah menyanyi di hadapan Alif Satar, Syamel dan bersama Ernie sendiri... ia satu perasaan yang saya tidak boleh gambarkan.

“Seminggu sebelum rakaman baru pihak produksi beritahu artis jemputan pada minggu tersebut ialah Ernie. Memang saya sangat teruja sebab akhirnya dapat jumpa Ernie secara bersemuka, ” katanya kepada mStar.

Berkongsi tentang minat dalam bidang nyanyian, Afgan mula menceburi bidang nyanyian menerusi kumpulan nasyid sejak bangku sekolah.

“Saya mula menceburi bidang nyanyian ini daripada darjah enam, mula dengan nasyid. Saya bersekolah agama jadi nasyid ini adalah satu trademark.

”Dengan bakat nyanyian yang ada, saya menyertai nasyid selama tujuh tahun dan pada tingkatan lima saya berjaya menjejakkan kaki ke Festival Nasyid Sekolah Sekolah Kebangsaan di Kuala Lumpur, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi