suria

Muna Shahirah makin ligat main PUBG, gaming sambil buat duit - “Dulu tak produktif, lepas Subuh baru tidur!”

PENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan ramai yang terjejas pendapatan dan sudah pasti mereka mula mencuba pelbagai alternatif untuk mencari rezeki.

Bagi penyanyi Muna Shahirah Munadi, 27, dia menceburi bidang online streaming sejak setahun yang lalu untuk kekal produktif di rumah.

“Saya mula ceburi bidang ni waktu PKP pertama, tapi rasa tak produktif apabila asyik bermain game sehingga lewat malam tapi tak jana apa-apa pendapatan.

“Jadi saya pun belajar cara untuk menjadi seorang streamer melalui YouTube. Awal-awal tu ada la satu atau dua content yang mendapat perhatian dan Alhamdulillah sekarang ni saya pun dah ada pengikut sendiri, ” katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walau bagaimanapun Muna berkata selain menjana pendapatan, menjadi seorang streamer memberi peluang untuk dia berinteraksi dengan peminat di platform berkenaan.

“Sebenarnya saya buat benda bukan semata-mata untuk menjana pendapatan sahaja, tetapi saya nak jadi produktif dan dalam masa yang sama menghiburkan orang ramai.

“Sekarang ni kita tak boleh nak buat show, jadi saya rindu suasana di mana kita dapat berinteraksi dengan peminat, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi