suria

“Aku makikan je masa live!” - Zulin Aziz hilang sabar, penat diganggu ‘haters’ isu kurus... tudung singkat

WAH! Ramai yang memuji penampilan pelakon Zulin Aziz yang kini kelihatan semakin langsing dan kurus.

Zulin bagaimanapun berkata dia masih lagi menerima komen daripada netizen yang menuduhnya melakukan pembedahan kerana penurunan berat badan dalam tempoh agak singkat.

“Muka saya masih sama je, bentuk dan berat badan je beza sikit, cuma saya nak ingatkan orang berbadan besar tak semestinya tak cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto romantik... Zulin Aziz trauma cerita kisah cinta - “Cukuplah gambar itu, saya juga mahu privasi”

“Nak kurus ni bukan sebab nak cantik semata-mata tetapi kerana nak sihat... saya kurus bukan dalam masa dua tiga hari, ambil masa bertahun dan saya buat macam-macam jenis diet sebelum ini. Daripada 85 kilogram sekarang dah 57 kilogram.

“Ramai kata saya buat pembedahan... asal artis je operate! Kau ingat aku kaya sangat. Sebenarnya saya bukan la gemuk sangat sampai kena bedah, cukup berdiet sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Penatlah nak jawab soalan sama... dah setahun lebih berdepan soalan begini! Yang ikut kita dari awal pasti tahu macam mana saya lakukan untuk capai impian ini, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Rahsia ini turut menjawab kritikan netizen kononnya dia kini sering dilihat memakai tudung singkat setelah berjaya menguruskan berat badan.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi