suria

Nama unik ‘Mimi Sejahtera’ buat netizen ketawa pecah perut! TikToker Sabah pening kepala... tengah ‘record’ tiba-tiba ayam berkokok

AKIBAT terlalu lama duduk di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai orang cuba melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka.

Namun bagi Siti Noorasyikin Taisih, 20, dia menggunakan TikTok sebagai platform untuk menghiburkan diri sepanjang waktu PKP.

Siapa sangka video dia berlakon sebagai seorang guru yang mengambil kedatangan murid pada tahun 2050 itu tular kerana berjaya membuat orang ramai tertawa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Syikin, idea tersebut datang secara spontan dan dia hanya melakonkan apa yang terlintas dalam fikirannya pada waktu itu.

“Biasanya kalau orang buat video mesti ada skrip kan? Tapi idea saya semua datang secara spontan, apa yang terlintas di fikiran, itu yang saya lakonkan.

“Saya ambil masa dua jam untuk merakam satu video kerana perlu memilih rakaman video yang paling sesuai untuk digunakan,” ujarnya kepada mStar.

Namun kata Noorasyikin, tidak semua pihak dapat menerima video lucu yang dimuat naik kerana ada juga yang mempunyai persepsi buruk terhadap pengguna aplikasi TikTok.

“Sejak saya mula membuat video di TikTok, ada beberapa orang rakan menjauhkan diri daripada saya kerana mereka beranggapan yang TikTok digunakan untuk tujuan tak elok.

“Tetapi saya langsung tak ambil hati kerana bukan semua orang suka kita dan bukan senang nak puaskan hati semua orang,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi