suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Masa anak lahir, saya tak ada duit” - Fizi Ali sebak, terkenang Issey bagi pinjam ribuan ringgit... tak pernah berkira

MENAMATKAN perkhidmatan bersama Suria FM, keputusan Issey untuk tidak menyambung kontrak dengan stesen radio berkenaan benar-benar meninggalkan kesan kepada rakan setugas, Fizi Ali.

Menurut Fizi, terlalu banyak kenangan indah yang dicipta mereka sepanjang mengendalikan segmen Team Pagi Suria (TPS) sejak tiga tahun lalu.

“Saya dah anggap dia macam abang saya sendiri... antara kenangan yang saya tak boleh lupakan semasa kelahiran anak pertama dahulu, semasa itu saya tak ada duit... duit tak banyak tapi Issey sanggup bagi pinjaman untuk pembedahan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey tinggalkan Suria FM selepas 3 tahun bersama ‘Team Pagi Suria’ - “Saya ada rancangan kerjaya sendiri”

“Dia tak banyak tanya, terus dia transfer... sampai sekarang saya ingat momen itu. Terlalu banyak kenangan kami bersama.

“Saya susah nak menangis sebenarnya tapi itulah terkeluar pula air mata jantan... Issey dan Ajak tahu saya suka elakkan benda-benda sedih tapi terlepas pula hari ini," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Semasa Issey mengumumkan pengunduran dirinya pada pagi Jumaat, Fizi kelihatan sebak dan menangis ketika diminta menyampaikan ucapan terakhir buat sahabatnya itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Issey, Fizi Ali, Suria FM,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi