suria

Tabby (Dolla) tercalon antara 100 Wajah Tercantik 2021 bersama Rose Blackpink... siapa patut rasa tergugat?

MEMILIKI wajah yang cantik itu merupakan satu bonus bagi seorang wanita selain daripada mempunyai perwatakan dan fizikal menarik.

Bagi salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby, dia terharu apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang dicalonkan dalam 100 Wajah Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021).

Menurut Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam, 20, lebih mengujakan apabila Rose daripada kumpulan Blackpink dari Korea Selatan turut berada dalam senarai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sejujurnya saya rasa sangat terharu dan bersyukur kerana tak sangka dicalonkan oleh pihak penganjur iaitu TC Candler.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada kumpulan saya dan juga para peminat yang sentiasa memberikan sokongan,” ujarnya kepada mStar.

Selain itu, Tabby juga berhasrat untuk serius menceburi bidang lakonan selepas kemunculannya dalam telefilem Dolla Watch Me Glow bersama ahli kumpulan Dolla yang lain.

“Selepas berlakon dalam telefilem tersebut saya rasa macam nak berlakon lagi, tetapi tak pasti jika lakonan saya sudah cukup bagus atau tidak.

“Jika diberi peluang untuk berlakon, sudah pasti saya akan mengambil peluang itu dan harap dapat pergi ke kelas untuk memperbaiki lagi lakonan saya,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi