suria

Syafiq Naser rasa menyampah disamakan dengan Faiz Roslan - “Enough! Jangan lebih-lebih, saya bukan nak jadi perempuan”

SERING memuat naik video parodi di aplikasi TikTok, aksi bersahaja penyanyi dan personaliti media sosial, Syafiq Naser menarik perhatian ramai pengikutnya.

Lebih kerap berkongsi video berkenaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Syafiq berkata dia menghasilkan content video itu kerana mahu menghiburkan masyarakat.

"Alhamdulillah, banyak maklum balas positif yang saya terima.... rata-rata berterima kasih sebab dah buat mereka terhibur dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan stres sepanjang PKP ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya memang lembut... tak macam lelaki gagah lain” - Instafamous Syafiq Naser ‘enjoy’ jadi diri sendiri, tak kisah dikecam

"Ya mungkin video saya nampak annoying (menjengkelkan), nampak macam bodoh sikit tapi itu yang mereka nak tengok... biasalah ada orang boleh terima dan ada yang tidak! Itu perkara biasa.

"Komen kecaman saya abaikan sahaja! Tapi satu komen yang saya tak boleh lupa apabila orang bandingkan saya dengan Faiz Roslan. Ya memang banyak video saya bertudung tapi saya rasa hal ini tak perlu lebih-lebih sebab itu hanya content semata-mata," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Lenggang ini memberitahu dia menyediakan 30 pek bakul makanan sehari untuk disumbangkan kepada pengikutnya yang terkesan sepanjang PKP ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi