suria

Neon Band tumpang populariti Suekhaizar ‘Aku Budak Girl’ - “Susah nyanyi lagu ni... rasa nak marah waktu recording!”

JIKA sebelum ini lagu Aku Budak Girl nyanyian Suekhaizar tular di YouTube, kini ada versi baharu iaitu Aku Budak Boy yang dinyanyikan oleh Neon Band.

Menurut vokalis Neon Band iaitu Boy atau nama sebenarnya Mohd Firdhaus Mahadzir, 33, Aku Budak Boy adalah versi cover yang dijadikan sebagai gimik untuk memperkenalkannya sebagai penyanyi baharu kumpulan tersebut.

“ Mula-mula kami hanya buat cover sahaja sementara menunggu untuk keluarkan lagu baru, tetapi lagu baru itu terpaksa ditangguhkan disebabkan PKP.

“Jadi kami gunakan lagu ‘Aku Budak Boy’ itu sebagai gimik untuk memperkenalkan saya sebagai vokalis baru Neon Band,” ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walaupun lagu itu nampak seperti senang untuk dinyanyikan, namun Boy mengakui bahawa dia merasai sebaliknya.

“Saya sendiri struggle nak menyanyi lagu tu kerana mengambil masa dua hari untuk rakam dan saya sebenarnya stress menyanyi lagu ini.

“Saya rasa lagu ini agak berat dan susah untuk saya sampaikan,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi