suria

“Wallahi... takkan la saya nak cium kaki orang” - Ebit Lew anggap Caprice melampau, fitnah hal akidah isu cium kaki menteri Palestin

"WALLAHI, saya tak pernah cium kaki menteri Palestin”

Itu reaksi pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjawab tuduhan yang dilemparkan penyanyi rap, Caprice terhadap dirinya, baru-baru ini.

Menurut Ebit, dakwaan tidak berasas itu merupakan satu fitnah besar yang boleh merosakkan akidahnya sebagai umat Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Caprice ‘trigger’ Ebit Lew tentang arwah bapa punca kena block IG - “Saya ambil telefon tu... saya lontar ke tepi”

Kata Ebit, Menteri Luar Palestin iaitu Dr. Mahmoud El Mahdoun meraikan kedatangan mereka ke negara itu dan memberi penghormatan atas usaha misi bantuan yang dilakukan.

“Itu fitnah sangat melampau kerana ia melibatkan akidah saya!

"Cium kaki itu memang tidak berlaku. Takkanlah saya nak cium kaki dia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dr Mahmuod yang datang ke bilik saya sebelum saya balik dan ucapkan terima kasih. Kebetulan saya orang pertama yang masuk ke Gaza dan dia meraikan saya,” kata Ebit.

Dalam pada itu, Ebit menjelaskan sijil penghargaan sebagai Duta Muhibbah Palestin itu diberikan oleh Dr Mahmoud dan bukannya dibeli seperti didakwa.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi