suria

[VIDEO] Caprice ‘trigger’ Ebit Lew tentang arwah bapa punca kena block IG - “Saya ambil telefon tu... saya lontar ke tepi”

ENGGAN diganggu aura negatif, personaliti dakwah Ebit Lew mengambil keputusan untuk menyekat akaun Instagram penyanyi rap Caprice.

Ebit menerusi Instagram live pada Khamis berkata tindakan itu terpaksa dibuat kerana beberapa perkara yang dilakukan Caprice disifatkan melampaui batas.

Terang Ebit, Caprice hanya mendedahkan mesej tegurannya berhubung pemberian mainan kepada kanak-kanak di Gaza yang didakwa sekadar untuk publisiti media.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk Gaza guna duit sendiri! Ebit Lew jawab setiap persoalan yang ramai nak tahu - “Hati saya terluka dipanggil dajjal, babi!”

"Part pertama teguran tentang patung... tapi part kedua dia tak post. Dia tegur dia kata saya teruk kerana tak patut post kerana ramai orang Malaysia tak dapat ziarah ayah mereka semasa sakit.

"Ayah saya tak sakit, dia nazak. Dia tak bagi lawat ayah saya... sebagai kawan dan sahabat dia boleh marah macam tu dan lukakan hati saya.

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (tengah) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis hari ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pada Rabu Ebit Lew membuat laporan polis berhubung pelbagai dakwaan terhadapnya.

"Saya nampak tu, sebagai manusia biasa saya ambil telefon tu saya lontar ke tepi," katanya pada Khamis.

Selain itu Ebit turut melahirkan rasa kecewa apabila mesej peribadi antara mereka didedahkan kepada umum tanpa kebenaran.

"Apabila dah sampai KL dia ada mesej saya... dia mesej panjang.

"Bagi saya mesej peribadi WhatsApp, DM (mesej langsung) adalah privacy, tak sepatutnya didedahkan kepada orang awam.

Apa yang orang WhatsApp kita, tak boleh post kat awam kecuali minta izin

EBIT LEW

PENDAKWAH BEBAS

"Apa yang orang WhatsApp kita, tak boleh post kat awam kecuali minta izin," katanya.

Menjawab isu yang dibangkitkan Caprice berhubung foto bersama kanak-kanak Gaza, Ebit berkata ia adalah perkara biasa dan apa yang penting mereka gembira.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya ditanya kenapa saya malukan Malaysia? Rupa-rupanya gambar dua kali fasal mainan tu, Caprice dah viralkan... dia kata mengaibkan.

photo_2021-07-22_14-16-05 (5)
Caprice menuduh Ebit Lew menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.

"Kalau anda nak tahu, semua orang yang pergi sana ambil gambar dengan budak. Jadi tak ada masalah pun dengan gambar tu, dalam video saya semua budak-budak gembira,” ujarnya.

Pada Jumaat minggu lalu, Caprice membuat pendedahan dan meluahkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan Ebit yang dikatakan telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.

Caprice turut membuat beberapa tuduhan dan merancang untuk membongkarkan perkara yang sebenarnya terjadi di Gaza.

Bagaimanapun Ebit pada Rabu, membuat satu laporan polis, sekaligus menyebabkan Caprice membatalkan sesi Instagram live yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain