suria

Caprice dah penat... nak ‘move on’, sesi IG Live isu Gaza batal selepas Ebit Lew buat laporan polis

Caprice batal LIVE yang sepatutnya dijadualkan berlangsung 10 malam Rabu.

HASRAT penyanyi rap Caprice untuk terus bersuara mengenai isu belakang tabir yang berlaku di Gaza, Palestin malam ini nampaknya tidak kesampaian.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, ia berikutan personaliti dakwah Ebit Lew sudah membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja persoal, Nadir Al-Nuri dedah cara team Ebit Lew di Gaza... tapi akui tak pernah iri hati, cuma kongsi teguran ‘kasih-sayang’

“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan saya tak dapat buat live malam ini.

“InsyaAllah kebenaran akan terdedah dengan sendirinya,” ujarnya di Instagram.

caprice2

Caprice sebelum ini sudah membuat permohonan maaf terhadap Ebit.

Sementara itu, Caprice memberitahu dia sudah penat dan tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.

"Saya penat! Saya dah minta maaf tak nak keruhkan keadaan lagi. Tapi kita sangat kecewa dengan pihak yang guna kuasa untuk sembunyikan orang lain.

"Ini kali kedua benda macam ni berlaku tahun ini. Saya dah cukup penat dan serah semua ini kepada Allah. Saya kini dalam langkah untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan saya tak dapat buat live malam ini.

CAPRICE

PENYANYI

"Walaupun saya masih belum 'sembuh' daripada pengalaman (berkaitan misi kemanusiaan di Gaza) namun insyaAllah saya akan cuba menjadi yang terbaik daripada segi mental dan fizikal," ujarnya.

Terdahulu, Ebit Lew membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Ebit berkata, tindakan itu dilakukan bagi menafikan dakwaan dan fitnah daripada beberapa pihak terhadapnya.

nadir1

Nadir (gambar kecil) membuat teguran kepada pasukan Ebit Lew menerusi saluran Telegram miliknya.

Dia turut menamakan dua individu iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri dan Caprice serta beberapa nama yang berkongsi perkara itu di media sosial.

Terdahulu pada Selasa, Nadir membuat penjelasan panjang lebar berhubung misi bantuan kemanusiaan di Gaza membabitkan Ebit menerusi saluran Telegram miliknya antara lain menegur cara pasukan pendakwah itu melaksanakan misi berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, ujar Nadir, dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan itu, Caprice juga berkata, dia akan meneruskan sesi Instagram live seperti yang dijanjikan bagi mendedahkan perkara sebenar yang berlaku di Gaza.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain