suria

Sharnaaz pula tegur Caprice, Ebit Lew dan Nadir... minta selesai secara ‘offline’ - “Aku tak bijak agama, tapi Islam itu unite... bukan dalca”

Sharnaaz berharap konflik antara Caprice, Nadir dan Ebit Lew dapat diselesaikan dengan profesional.

ISU membabitkan tiga tokoh berpengaruh iaitu Caprice, Ebit Lew dan aktivis Nadir Al-Nuri yang semakin panas menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang berpandangan pendedahan demi pendedahan secara terbuka hanya memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Pelakon Sharnaaz Ahmad antara yang lantang meluahkan rasa tidak setuju apabila konflik itu menimbulkan perbalahan dalam kalangan penyokong masing-masing di media sosial.

Ujar Sharnaaz, isu antara ketiga-tiga individu itu sepatutnya ditangani dengan cara yang lebih baik iaitu perbincangan secara tertutup dan profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai DM Caprice minta maaf, penjelasan Nadir Al-Nuri buka mata kisah Ebit Lew di Gaza - “Allah bantu terangkan bagi pihak"

"Apa-apa pun bincang elok-elok, tak payah buat sesi pendedahan dekat media sosial macam ni.

"Kepada Nadir, Ebit Lew, Caprice... duduk berbincang, bermaafan dan kembali bersatu tetapkan pendirian membantu Islam, not destroy.

sharnaz kongsi
Perkongsian Sharnaaz di Instastory miliknya.

"Siapa salah siapa betul tak payah jadi tontonan sekalian alam, siapa salah letak dalam lokap dan yang betul teruskan perjuangan," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, ketiga-tiga individu tersebut mempunyai pengaruh dan matlamat yang sama untuk membantu umat Islam.

Tambahnya, perbalahan tersebut perlu diselesaikan secara profesional agar tidak menjadi tontonan umum yang boleh mencetuskan pelbagai tanggapan tidak baik.

Sebab mereka ini la Islam disayangi, jangan sebab mereka juga Islam dibenci oleh mata luar.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

"Aku tak bijak bab agama, tapi Islam unite bukan dalca.

"Sebab mereka ini la Islam disayangi, jangan sebab mereka juga Islam dibenci oleh mata luar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau tanya aku, aku tak mahu tahu siapa pun salah... yang aku nak tahu tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan harumkan nama Islam.

"Cukup setakat itu permintaan aku. Aku sayang Caprice, aku sayang Ebit Lew tapi dua-dua tak bagi aku fridge magnet," katanya berseloroh.

WhatsApp Image 2021-07-21 at 2.31.51 PM
Caprice akan meneruskan sesi Instagram live pada malam Rabu.

Jumaat lalu, Caprice mencetuskan kontroversi apabila menegur tindakan Ebit Lew selepas menerima aduan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah selebriti berkenaan menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, itu memohon maaf pada Isnin dan mengakui kesilapannya kerana terlalu beremosi dalam meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Namun isu berkenaan kembali hangat apabila Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia tampil berkongsi cerita tentang misi kemanusiaan ke Gaza oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

Penjelasan itu dipercayai membuka mata banyak pihak tentang apa yang cuba disampaikan Caprice sejak minggu lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain