suria

Nama kena petik dituduh ada konflik dengan Lan Solo dan Syura Badron… Siti Nordiana minta nasihat peguam

Berlaku konflik antara penyanyi Lan Solo, Syura Badron dengan Siti Nordiana.

PENDEDAHAN penyanyi Lan Solo dan Syura Badron berkaitan konflik yang berlaku dengan Siti Nordiana di sesi Instagram live pada Selasa malam mengejutkan ramai pihak.

Susulan itu pengurus penyanyi itu, Anas Osman yang dihubungi mStar berkata, Siti Nordiana sedang berbincang daripada peguam sebelum memberikan sebarang kenyataan.

"Saya pun baru tahu hal ni, so far saya tak mahu komen apa-apa. Saya sudah beritahu Nana.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis setiap kali berzikir, Siti Nordiana teringat dosa lampau - “Kita manusia tidak sempurna, pasti ada kesilapan”

"Nana pun baru tahu dan sekarang dia sedang berbincang dengan peguam dia dahulu sebelum beri kenyataan,” ujarnya.

Terdahulu, isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Sheila Hashim bersama Syura Badron tampil meluahkan perasaan dan menjawab persoalan berhubung konflik yang berlaku antara mereka dan Siti Nordiana.

live
Sesi live instagram Syura da Lan

Shiela berkata, dia berasa terkilan apabila dikatakan menumpang populariti penyanyi tersebut sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepada mereka.

“Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas manager dia. Cukup kami diburuk-burukkan. Apabila sampai dekat production, kami pula dikatakan fitnah dia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Boleh tanya semua, saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak. Secara terbuka hari ni saya cerita.

nanana
Nana akan tampil memberi kenyataan selepas berbincang dengan peguam.

“Saya, Syura dan kawan-kawan lain tak boleh dah. Ada orang DM (mesej langsung) saya kenapa Syura hantar makanan dekat saya sahaja dan tak hantar dekat Nana,” ujarnya menerusi siaran langsung itu.

Enggan terus mengeruhkan keadaan, mereka berharap Siti Nordiana tampil menjelaskan apa yang berlaku.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain