suria

Daiyan Trisha geram dituduh sekadar ‘pose’ cantik di PPV, jalan pintas dapat vaksin cepat - “Saya kerja secara ikhlas tapi difitnah”

Daiyan dituduh menjadi sukarelawan hanya untuk bergambar.

SEJAK akhir-akhir ini makin ramai golongan selebriti tampil menjadi sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Namun di sebalik kerja sukarela itu, muncul pula suara-suara sumbang dalam kalangan netizen yang mempertikaikan kononnya kehadiran mereka sekadar untuk bergambar dan 'memeriahkan' suasana.

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha, 28, antara yang terkena tempiasnya apabila semakin ramai mempertikaikan penglibatannya di Pusat Pemberian Vaksian (PPV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh... Ramai peminat nak cucuk vaksin di PPV UKM gara-gara Daiyan Trisha, ada yang sanggup ambil lebih 2 dos!

Menurut pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, tugasnya juga sama seperti sukarelawan lain di PPV yang ingin membantu melancarkan proses pengambilan vaksin.

Daiyan 2

Status yang dimuat naik individu tersebut di laman Twitter.

"Individu itu muat naik status pada Jumaat dan saya dapat tahu selepas beberapa orang DM (mesej langsung). Saya nak biarkan sahaja tapi lama-kelamaan makin ramai pula yang hantar status itu kepada saya.

"Tuduhan yang dilemparkan individu tersebut memang agak melampau sebab ia dianggap seperti menyebarkan fitnah. Sabtu lalu, saya turun untuk jadi sukarelawan dan ada post gambar.

"Ramai yang persoalkan status individu tersebut. Jadi saya kena tampil membersihkan nama. Sejujurnya, saya rasa marah apabila baca tuduhan itu. Saya kerja secara ikhlas tapi difitnah pula," katanya ketika dihubungi mStar.

Individu itu diminta untuk memohon maaf dan menarik semula status yang dimuat naik.

DAIYAN TRISHA

PELAKON & PENYANYI

Terdahulu tular mengenai dakwaan seorang netizen di Twitter yang menuduhnya tidak ikhlas melakukan kerja sukarelawan di PPV.

Individu tersebut juga mendakwa pelakon filem Buskers itu mahu menjadi sukarelawan kerana ingin mendapatkan suntikan vaksin dengan cepat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Daiyan memberitahu pihak Qualitas Health Medical Group juga sudah mengenal pasti individu tersebut yang turut bertugas di PPV yang sama dengannya.

Selain diminta untuk membuat permohonan maaf dan memadam status tersebut, individu itu turut tidak dibenarkan untuk bertugas sebagai sukarelawan.

"Pihak Qualitas sudah mengenali pasti individu tersebut dan saya perasan, individu itu juga pernah mengambil gambar dengan saya sebab kami bertugas di PPV yang sama.

Daiyan 1

Daiyan bertugas sebagai sukarelawan sejak awal Julai lalu.

"Individu itu diminta untuk memohon maaf dan menarik semula status yang dimuat naik. Dia juga tidak boleh lagi bekerja sebagai sukarelawan di PPV. Saya harap, perkara ini menjadi pengajaran.

"Saya tak tahu artis lain, sebab hari saya bertugas hanya saya seorang sahaja artis. Tapi sudah tentulah semua artis yang jadi sukarelawan datang untuk membantu," ujarnya.

Daiyan menyumbang tenaga sebagai sukarelawan PICK bermula 3 Julai lalu pada setiap Sabtu di UKM, Bangi.

Selain Daiyan, beberapa selebriti tempatan turut tidak melepaskan peluang melakukan tugasan itu antaranya Nazim Othman, Fizo Omar, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Moyes dedah sebab tidak sambar Lingard