suria

Polis tak siasat Caprice, beri amaran jangan sebar fitnah dan aib hingga pecah keamanan

Caprice akhirnya memohon maaf kepada Ebit Lew dan beberapa yang lain berhubung misi kemanusiaan ke Gaza.

SUSULAN kekecohan yang ditimbulkan penyanyi rap Caprice membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang awam agar tidak terus mensensasikan isu berkenaan.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sehingga kini tidak menerima sebarang laporan mengenainya.

"Tiada kertas siasatan dibuka mengenai perkara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice minta maaf, mahu kembali ke Malaysia - “Silap saya terlalu emosi tentang perjuangan”

"Walau bagaimanapun orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan.

ebit-cap

Antara perkongsian Caprice yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

"Ia boleh disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bukan itu sahaja, siasatan juga boleh dibuat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Justeru itu, orang ramai dinasihati agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana yang dinyatakan," tegasnya.

Isu membabitkan Caprice dan Ebit mula timbul selepas penyanyi itu menegur Ebit berhubung misi pendakwah tersebut di Gaza, Palestin.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Caprice berkongsi mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp secara terbuka di Instagram pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun Caprice akhirnya tampil memohon maaf kepada Ebit dan beberapa pemimpin lain pada Isnin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain