suria

Caprice minta maaf, mahu kembali ke Malaysia - “Silap saya terlalu emosi tentang perjuangan”

Caprice memohon maaf kepada Ebit Lew, pemimpin kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

PERKARA yang paling ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan apabila penyanyi rap Caprice tampil mengakui kesilapan kerana terlalu beremosi dalam meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Susulan itu Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 33, memohon maaf kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim; Menteri Kanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan pendakwah Ebit Lew.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tegur Ebit Lew isu misi bantuan di Palestin, akhirnya kena ‘block’ di IG

"Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein dan Ebit Lew, saya mohon minta maaf atas kesilapan di mana terlalu emosi tentang perjuangan kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.

"Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak melibatkan pihak lain.

cap2

Perkongsian Caprice di Instagram.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein, Embassy Malaysia Mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24 hour protection and security selama saya berada di Mesir," katanya menerusi kenyataan terbuka di Instagram.

Nama Caprice sebelum ini menjadi sebutan apabila tampil mendedahkan tentang tegurannya terhadap personaliti dakwah, Ebit Lew selepas mendakwa dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah kesayangan ramai berkenaan menghulurkan bantuan.

InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin.

CAPRICE

PENYANYI

Susulan pendedahan tersebut, Ebit Lew dipercayai telah menyekat akaun Instagram Caprice.

Sementara itu, Caprice turut membuat permohonan maaf terhadap kedua ibu bapanya kerana mencetuskan kebimbangan.

caprice1

Pendedahan yang dibuat Caprice mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew yang didakwa tidak disenangi penduduk Palestin.

"Saya minta maaf pada ibu dan ayah kerana buat kalian risau tentang keselamatan saya. I love you and my intention since the day I chose to go on my own at 16 (years old) was only to make you proud.

"Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin," ujarnya.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain