suria

Achey patah tangan... jatuh motor gara-gara nak cari durian - “Saya plan buat berniaga minggu depan”

Achey dikejarkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

MALANG tidak berbau, niat pelawak Achey mencari buah durian di dusun bertukar tragedi apabila terjatuh daripada motosikalnya pada Ahad.

Achey atau nama sebenarya Mohd Nasir Hamzah, berkata dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat dan disahkan mengalami patah tangan kiri.

"Sebenarnya saya pergi ambil durian pagi tadi dan entah macam mana terjatuh motor dari tebing dan saya tahan pakai tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jatuh sakit, Achey sedia jual motor tampung kos rawatan - “Memang rasa ralat dah laburkan duit simpanan untuk bisnes”

"Masa nak bangun tu rasa tangan kiri sakit. Saya tengok keadaan tangan dah bengkok, eh... saya syak patah ni.

achey konsi

Perkongsian isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya di Instagram miliknya.

"Doktor kata tangan saya akan kena operation. Tengoklah macam mana sebab sekarang kena puasa dan masukkan ubat" ujarnya kepada mStar.

Niat nak tengok durian sebab minggu depan nak berniaga dekat belah-belah Segamat

ACHEY BOCHEY

PELAWAK

Penyanyi lagu Sakit ini berharap keadaan kesihatannya akan kembali pulih secepat mungkin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, bercerita lanjut tentang perkara itu, Achey berkata, niatnya ke dusun untuk mencari durian bagi tujuan berniaga pada minggu hadapan.

Achey dikejarkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Keadaan Achey semasa dimasukkan ke Hospital

Bagaimanapun, ahli kumpulan Bochey ini berkata, kerja itu akan diambil alih oleh rakan kongsinya.

"Niat nak tengok durian sebab minggu depan nak berniaga dekat belah-belah Segamat. Keadaan dah jadi macam ni jadi member akan ambil alih teruskan kerja-kerja ni,” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain