suria

PKP ada hikmah tersendiri... Aidil Aziz dapat solat Subuh berjemaah, bersenam bersama keluarga

Aidil bersyukur dapat luangkan masa bersama keluarga dalam tempoh PKP.

TIADA aktiviti seni dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)l, pelakon Aidil Aziz tetap bersyukur kerana berpeluang untuk meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak-anak.

Enggan terlalu memikirkan keadaan pandemik Covid-19 yang membimbangkan, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz berkata dia banyak melakukan aktiviti bersama keluarganya sepanjang tempoh berkurung di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ketiga baru berusia 8 bulan tapi peminat dah minta Fasha Sandha beranak lagi - “Aisha masih kecil, kasihan dia”

"Sebenarnya saya bersyukur sebab dah kahwin... ada isteri dan anak-anak. Masa ini la waktu yang sangat sesuai untuk kita luangkan masa bersama keluarga.

Aidil 1

Aidil seronok dapat lakukan banyak aktiviti bersama keluarga.

"Sekurang-kurangnya dapat lupakan masalah yang sedang melanda negara dan pada masa yang sama mencegah dari mengalami masalah kemurungan.

"Saya banyakkan aktiviti bersama isteri dan anak-anak. Selalunya selepas solat subuh berjemaah, saya dan isteri akan membuat persediaan menguruskan anak-anak.

"Ada masa terluang, kami akan lakukan aktiviti bersenam bersama sebelum isteri masak untuk tengahari. Cuba cari aktiviti bersama untuk isi waktu terluang," kata Aidil kepada mStar.

Jadi, kita ambil dari sudut positif dimana bukan waktu sesuai untuk kerja.

AIDIL AZIZ

PELAKON

Suami kepada aktres Fasha Sandha itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika sesi temu bual drama lakonannya berjudul Suara Hati yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Untuk rekod, Aidil mendirikan rumah tangga dengan Fasha pada 30 Mac 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang berusia 11 bulan.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 6 hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.

Dalam pada itu, aktor berusia 34 tahun ini memberitahu biarpun tiada penggambaran dijalankan sepanjang tempoh PKP namun dia mengambil perkara itu secara positif.

Aidil 3

Biarpun terkesan dengan pandemik Covid-19 tapi Aidil bersyukur mempunyai perniagaan yang membantunya.

Mengakui sedikit sebanyak pendapatannya terjejas berikutan pandemik Covid-19, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini bersyukur kerana mempunyai perniagaan.

"Walaupun sekarang masih tak tahu bila boleh mula jalani penggambaran tapi saya ambil perkara itu secara positif dan kebaikan sahaja memandangkan saya ada keluarga.

"Kalau nak kerja di luar waktu sekarang ini memang risiko sangat tinggi. Kes Covid-19 pun setiap hari lebih 11,000. Jadi, kita ambil dari sudut positif dimana bukan waktu sesuai untuk kerja.

"Tidak dinafikan agak terkesan sebab selalu bila shooting, baru ada income terutama kru belakang tabir. Insya-Allah, Alhamdulillah... saya ada perniagaan yang membantu," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak