suria

PU Abu diuji lagi! Positif Covid-19 selepas anak dan bapa keluar hospital - “Saya batuk, muntah… cirit-birit”

PU Abu positif covid selepas dua hari buat ujian PCR.

UJIAN demi ujian terpaksa dilalui Pencetus Ummah (PU) Abu apabila kini dia pula disahkan positif Covid-19.

Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi berkata, dia baharu sahaja dimaklumkan tentang perkara itu petang Ahad selepas menjalani ujian Tindak balas Berantai Polimerase (RT-PCR) di sebuah klinik di Gombak.

"Petang tadi saya dapat keputusan bahawa result PCR saya positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa PU Abu kritikal Covid-19 tahap 5

"Setakat ini saya bergejala... batuk, muntah, badan jadi lesu, cirit-birit, sakit kepala dan baru-baru ni saya hilang deria rasa.

"Saya buat swab test sebab saya rasa demam dan sakit kepala," ujarnya kepada mStar sambil memaklumkan dia melakukan ujian PCR pada Sabtu.

abu 2
Perkongsian PU Abu di Instastory miliknya.

Untuk rekod pada Mei lalu bapanya, Mohd Mokhtar Rozaidi, 58, menerima rawatan hingga terpaksa ditidurkan di wad ICU Hospital Selayang akibat Covid-19 tahap lima.

Bagaimanapun bapanya kini sudah dibenarkan keluar hospital namun masih memerlukan pemantauan rapi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun pada 4 Julai lalu anaknya pula, Muhammad Adam Aysar, 3, turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas, juga akibat Covid-19.

Saya tak pasti terjangkit daripada siapa, sebab ahli keluarga saya dah habis tempoh kuarantin dan tidak bergejala

PU ABU

PENDAKWAH BEBAS

Dalam pada itu Abu berkata, dia belum mengetahui punca jangkitan tersebut berikutan hanya tinggal sendirian di rumah.

Ujarnya, ahli keluarga yang dijangkiti sebelum ini sudah habis tempoh kuarantin dan tidak bergejala.

"Saya tak pasti terjangkit daripada siapa, sebab ahli keluarga saya dah habis tempoh kuarantin dan tidak bergejala.

"Kemungkinan sebab kawasan Selangor dan KL ni yang agak risiko, mungkin daripada situlah.

bapak anak
Sebelum ini ayah dan anak kepada PU Abu disahkan positif covid 19.

"Saya tinggal seorang diri di rumah, jadi tiada ahli keluarga yang perlu buat swab test dan saya jalani kuarantin di rumah sendiri," ujarnya.

PU Abu berkahwin dengan Ain Afini pada Ogos 2018.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar, 3.

Abu turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Mateen, 1, hasil perkahwinannya dengan Hana Azraa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

PU Abu, positif covid

Artikel Lain