suria

Naqiu rasa janggal jadi pasangan Elizabeth Tan - “Hero macam ni... heroin pula lawa betul!”

Naqiu jarang berbual dengan Elizabeth Tan ketika penggambaran.

SEKALI tengok gandingan penyanyi Naqiu dan Elizabeth Tan sebagai teraju utama dalam filem mungkin seperti tidak kena.

Malah ia turut dirasai sendiri Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 35, apabila pertama kali dimaklumkan dia bakal menjadi hero dalam filem Mat Bond Malaya.

"Saya tak pernah jangka pun, apabila diberitahu heroin filem ini adalah Elizabeth Tan, saya rasa macam tak sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang muncul di TV tidak bermakna kerjaya seni Naqiu hambar - “Sejak tamat GV6 saya tak rehat langsung"

"Mana tidaknya, hero dia macam ni... lepas tu digandingkan pula dengan heroin yang lawa betul.

"Bagi saya kalau dalam dunia realiti memang tak kena la kalau hero dan heroin macam ni," katanya dengan nada merendah diri kepada mStar.

lizzzy
Antara babak Naqiu dan Elizabeth Tan dalam Mat Bond Malaya.

Dia ditemui pada sidang media filem Mat Bond Malaya yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Mat Bond Malaya adalah filem pertama lakonan Naqiu selepas diberi kepercayaan oleh pengarahnya, Nabil Ahmad.

Bercerita lanjut tentang debutnya itu, penyanyi Episod Cinta ini berkata dia juga sudah bersedia sekiranya penampilannya itu kurang disukai penonton.

Tapi sebenarnya kalau ada kritikan, saya anggap cerita tu berjaya

NAQIU

PENYANYI/ PELAKON

"Nabil minta saya cuba je sebab dia dah bayangkan cerita ni macam mana.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"So far tak ada apa-apa komen lagi. Tapi tak pasti kalau ada peminat Lizzy yang mempersoalkan.

"Tapi sebenarnya kalau ada kritikan, saya anggap cerita tu berjaya sebab siapa yang boleh sangka macam mana gandingan kami tu," katanya.

WhatsApp Image 2021-07-18 at 5.05.07 AM
Selain Naqiu dan Elizabeth Tan, Mat Bond Malaya turut dibarisi pelakon Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Berhubung keserasiaan bersama Elizabeth, Naqiu mengakui mereka kurang berbual ketika berada di lokasi penggambaran.

"Apabila dalam set saya berkerja macam biasa. Sebenarnya saya dah Elizabeth tak banyak bercakap pun, boleh kira je berapa kali kami berbual sepanjang penggambaran," katanya.

Selain Naqiu dan Elizabeth Tan, Mat Bond Malaya turut dibarisi pelakon Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Filem Mat Bond Malaya akan ditayangkan bermula 20 Julai ini di Astro Fisrt

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Naqiu, Elizabeth Tan, Mat Bond Malaya

Artikel Lain