suria

Hutang keliling pinggang, Nico tertekan kedai makan kena tutup... ‘job’ lakonan tiada - “Bukan tak nak bayar tapi simpanan makin terhad”

Nico terkesan dengan PKP, kedai makan terpaksa tutup.

HUTANG semakin tinggi manakala wang simpanan kian menyusut.

Dua perkara itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G iaitu Nico mengalami tekanan untuk meneruskan kehidupan ketika pandemik Covid-19.

Cerita Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz, 47, premis makanannya di medan selera di Menara PJD, Sentul tidak dapat beroperasi susulan pihak pengurusan hanya membenarkan kehadiran 20 peratus pekerja dalam satu bangunan.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami tak dengki, tidak perlu bersaing dengan K-Clique” - Nico G ada cara sendiri tawan hati peminat hip hop

"Sekarang ni saya duduk rumah je, sejak dua bulan lalu kedai terpaksa tutup sebab pelanggan tak ramai.

"Saya diberitahu hanya 20 peratus daripada anggaran 800 pekerja yang bertugas di menara itu, masuk ke pejabat.

"Itu pun jadual kerja mereka dibahagikan kepada dua, maknanya hanya 10 peratus datang ke pejabat pada satu-satu masa," katanya kepada mStar.

nico
Nico mengusahakan perlbagai hidangan makanan Cina Muslim.

Menurut Nico dia mula mengusahakan kedai makan dengan menyediakan pelbagai hidangan makanan Cina Muslim sejak setahun yang lalu bersama isteri, Juwiati Musa, 38.

Tambah Nico lagi, akibat masalah kewangan juga dia terpaksa menghentikan dua pekerja kerana sudah tidak mampu untuk membayar gaji.

"Memang tertekan, hutang pun semakin lama semakin bertambah. Saya terpaksa tangguh bayaran sewa kedai sebanyak RM500 sebulan, hutang rumah, kereta dan lain-lain.

Memang tertekan, hutang pun semakin lama semakin bertambah

NICO

PENYANYI/PELAKON

"Bukan tak nak bayar hutang tapi wang simpanan makin terhad, jadi saya perlu guna untuk tujuan yang lebih penting," katanya.

Ujar penyanyi Inilah Nasibku bersama dua lagi anggota Nico G iaitu Affa dan Dino ini, karier lakonan yang baru diceburinya sejak dua tahun lalu juga terbantut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Acara hiburan dah lama tak ada, jadi nak menyanyi pun tak boleh seperti dulu.

"Kemudian saya aktif dalam bidang lakonan, masa PKP 1.0 dulu masih ada lagi tawaran... tapi sekarang nak berlakon pun dah tak boleh.

>0D1CD1DD-3737-4686-A2B9-F5D727FBC44F
Nico sebelum ini aktif dengan kumpulannya iaitu Nico atau Network International Chicanos Organization.

"Harapnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini dapat berakhir segera, jadi saya boleh kembali berniaga dan berlakon.

"Lepas ni kalau ada pihak produksi yang nak ambil saya berlakon, boleh la ambil," katanya.

Setakat ini, antara drama lakonan Nico ialah Kl Gangster Underworld 2, Kasih Bertaut dan Pusaka Chalet Ana.

Untuk rekod kali terakhir Nico G menghasilkan album pada 2019 selepas sekian lama menyepi.

Nama asal kumpulan Nico atau Network International Chicanos Organization ditukar kepada Nico G sebagai projek penjenamaan semula kumpulan itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Nico, tertekan, PKP, kedai tutup

Artikel Berkaitan

Artikel Lain