suria

“Kami tak dengki, tidak perlu bersaing dengan K-Clique” - Nico G ada cara sendiri tawan hati peminat hip hop

Nico yakin mereka mampu bersaing secara sihat dalam memeriahkan industri hiburan di Malaysia.

KUMPULAN Nico G berkata mereka tidak perlu bersaing dengan pendatang baharu seperti kumpulan K-Clique untuk kembali relevan di dalam industri muzik hip hop di Malaysia.

Menurut salah seorang ahlinya iaitu Affa, sebagai orang lama dalam dunia seni mereka sentiasa positif menerima kehadiran artis baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nico G akui tak mudah tarik peminat baharu

"Tidak perlu bersaing dengan kumpulan K-Clique untuk menampakkan kami masih relevan, dalam industri hip hop tiada istilah bersaing antara satu sama lain.

"Kami tidak menyimpan dendam atau hasrat dengki apabila melihat pendatang baharu, malah kami gembira melihat mereka menvariasikan industri hip hop," katanya kepada mStar.

Affa (tengah) bersama Noki (kanan) daripada kumpulan K-Clique.

Bercerita mengenai perkembangan baharu Nico G, Affa berkata mereka baharu sahaja selesai merakamkan single terbaharu iaitu KGB dan Siaga.

"Selain itu kami juga sedang merancang untuk mengeluarkan album Black Edition volume 2 yang akan dikeluarkan pada hujung Januari ini," katanya.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Inilah Nasibku ditemui ketika majlis pelancaran TT Live Mall yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

TT Live Mall sebuah platform perniagaan dalam talian yang mempromosikan barangan jualan secara langsung oleh selebriti media sosial dan artis.

nigo g

Artikel Lain