suria

“Finally dia masuk wad” - Suami Bella Dally ditahan di hospital kerana Influenza, suhu badan agak tinggi

SUAMI kepada pelakon Bella Dally iaitu Arif Izuddin, 35, terpaksa dimasukkan ke hospital pada awal pagi Rabu selepas disahkan terkena jangkitan Influenza.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, dia dan suami pada awalnya cuba untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital terkemuka di Kuala Lumpur namun terpaksa pulang kerana kehabisan ubat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan berkahwin... Bella Dally beri bayangan sudah hamil!

ARTIKEL BERKAITAN: “Pandai masak tak sebenarnya?”- Bella Dally kata yang penting ada usaha

"Suami kena Influenza... tadi dekat hospital lain, tapi mereka kehabisan ubat.

Antara perkongsian yang dimuat naik Bella ke Insta story miliknya.

"Sekarang dekat Ampang Puteri pula. Tengoklah betapa ramainya orang dekat sini... wad pun penuh," ujarnya.

Bella berkongsi mengenai perkara itu menerusi posting yang dimuat naik ke Instastory miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Bella menerusi sebuah laporan akhbar berkata, suaminya itu perlu ditahan selama seminggu sehingga keadaannya pulih berikutan suhu badan yang agak tinggi.

"Akhirnya suami kena tahan... nak ikutkan doktor, dia perlu ditahan selama seminggu untuk rawatan.

"Yang lain, jaga diri dan pastikan anda memakai topeng muka khususnya ketika berada di tempat yang sesak," katanya.

Bella Dally, Influenza

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ